BEBERAPA tahun lalu, permintaan terhadap kedai dobi sentiasa meningkat saban hari. Situasi itu menyebabkan kedai dobi tumbuh umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Permintaan yang tinggi daripada pelanggan itu turut menyebabkan kedai-kedai dobi sedia ada tidak mampu untuk menampung kapasiti tersebut. Ketika itu, kedai dobi konvensional menjadi pilihan kerana ia menawarkan perkhidmatan membasuh, melipat dan menggosok pakaian untuk menjimatkan masa pelanggan. Namun, masa telah mengubah trend itu. Kewujudan kedai dobi layan…










