Kaji semula jawatan Pengerusi FGV - Mazlan Aliman - Utusan Malaysia

Kaji semula jawatan Pengerusi FGV – Mazlan Aliman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Jawatan Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) perlu dikaji semula sebagai usaha membaik pulih struktur pengurusan syarikat tersebut.

Mazlan Aliman
MAZLAN

Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda, Mazlan Aliman berkata, langkah itu juga selari dengan dasar kerajaan baharu, Pakatan Harapan (PH).

“Pengerusi FGV, Azhar adalah lantikan pada zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menimbulkan polemik dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, kami menggesa agar khidmat Azhar sebagai Pengerusi FGV dikaji semula kerana kerajaan PH mempunyai pilihan dalam melantik calon baharu sebagai usaha meredakan suasana dan selari dengan dasar kepemimpinan negara hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rabu lalu, Mazlan mendakwa FGV sedang berdepan dengan kemelut dalaman membabitkan Azhar dengan Zakaria, walau bagaimanapun Azhar selaku Pengerusi syarikat perniagaan perladangan itu menafikan dakwaan tersebut.

Keesokannya, FGV dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia menamatkan khidmat Zakaria susulan daripada surat daripada pemegang saham khas, Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang menarik balik pelantikannya sebagai pengarah lantikan kerajaan dalam pelaksanaan perlembagaan baharu FGV.

Dalam kenyataan yang sama, Mazlan berkata, tindakan menamatkan jawatan Zakaria sebagai Pengarah FGV dan penggantungan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FGV adalah terburu-buru.

Kata beliau, jasa dan khidmat Zakaria selama 35 tahun sejak 1984 di Felda tidak harus berakhir dalam situasi sedemikian.

“Apa pun, kami tidak berkompromi dengan soal integriti, sama ada Azhar atau Zakaria jika ada melibatkan salah guna kuasa dan penyelewengan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini