KUALA LUMPUR 17 Sept. – Akhirnya jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa terlibat dengan penyelewengan berbilion ringgit dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menonjolkan diri, tetapi hanya menerusi laman sesawang. Menerusi satu kenyataan yang mengalu-alukan kehadiran pelawat di laman web www.jho-low.com, Jho Low menegaskan bahawa beliau tidak bersalah terhadap segala tuduhan dilemparkan terhadapnya. “Biar saya jelaskan, saya tidak bersalah,” tegas beliau menerusi kenyataan yang turut ditandatanginya…










