BERLIN 18 Sept. – Jerman memperkenalkan kereta api hidrogen pertama di dunia sekali gus memberi isyarat permulaan untuk mencabar penguasaan kereta api menggunakan diesel yang mencemarkan alam sekitar. Walaupun menelan kos yang tinggi namun dua gerabak kereta api hidrogen pertama berwarna biru terang, Coradia iLint menggunakan teknologi mesra alam dan dibina oleh syarikat Alstom dari Perancis yang turut membina kereta api TGV. Kereta api berkenaan akan memulakan perjalanan melalui laluan sejauh 100 kilometer antara bandar-bandar seperti Cuxhaven, Bremerhaven, Bremervoerde dan Buxtehude di utara negara ini yang lazimnya digunakan sebagai laluan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya