JAKARTA, Indonesia – Impian skuad hoki negara meraih pingat emas pertama temasya Sukan Asia tidak kesampaian selepas tewas menerusi penentuan penalti shoot-out kepada Jepun 1-3 selepas terikat 6-6 dalam aksi sebenar pada final di Padang Hoki Gelora Bung Karno malam tadi. Kecemerlangan penjaga gol Jepun, Yusuke Takano dalam menafikan pukulan shoot-out daripada Malaysia memastikan penantian emas pertama Sukan Asia sejak acara tersebut diperkenalkan pada edisi 1958 berterusan. Lebih malang, kekalahan…










