Jangan panggil saya ustaz - Utusan Malaysia

Jangan panggil saya ustaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Perubahan imej yang lebih islamik sejak beberapa tahun lalu ternyata banyak mengubah rutin harian vokalis kumpulan XPDC, Ali.

Mengakui kini kehidupannya lebih tenang selepas memilih untuk mendekatkan diri dengan Tuhan, Ali atau nama sebenarnya Mohd. Ali Ismail memberitahu dia tidak layak untuk dipanggil ustaz.

“Saya masih banyak lagi perlu belajar tentang ilmu agama ini. Meksipun umur saya dah 50 tahun, tapi masih belum terlewat nak kaut pahala.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah saya bahagia dengan jalan yang dipilih ini. Kalau boleh saya mahu luaskan skop perkongsian tentang penghijrahan ini kepada lebih ramai lagi anak muda.

“Saya pun pernah merasai zaman muda dan tak salah rasanya nak berkongsi perkara yang baik.

“Tak perlulah panggil saya ustaz sebab saya sedar diri belum cukup ilmu agama. Saya masih lagi penyanyi yang orang kenali dan masih lagi aktif menyanyi jika ada undangan persembahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini