KUALA LUMPUR 30 Sept. – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dinasihatkan supaya kembali menjadi ahli pasukan yang baik demi memperkukuhkan parti keramat Melayu itu. ISAMIL SABRI Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut meminta Khairy menghormati keputusan yang dilakukan secara berkumpulan berbanding pandangan peribadi. Malah, Ismail Sabri berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga tidak meminggirkan Khairy dengan memilih Ahli Parlimen Rembau itu sebagai…