Isteri, dua anak anggota polis terlibat kemalangan masih kritikal - Utusan Malaysia

Isteri, dua anak anggota polis terlibat kemalangan masih kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Isteri dan dua anak anggota polis yang maut dalam kemalangan di Kilometer 17.5 Jalan Kangar-Padang Besar dekat sini pada pukul 9.30 malam kelmarin difahamkan masih kritikal selain masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, isteri Ku Noor Shakila Ku Sharudin, 25, dan dua zuriat mereka iaitu Mia Iris Safiya, 2, serta Maya Iris Safiya yang berusia empat bulan masih belum sedar dan kini sedang dirawat di zon merah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

 “Setakat ini, ketiga-tiga mereka tidak dibenarkan menerima pelawat dan hanya waris sahaja dibenarkan menunggu,” katanya ketika ditemui pemberita di Mess Pegawai Kanan PDRM di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemalangan maut menyebabkan seorang anggota polis, Muhammad Amirul Naim Aziz, 24,  maut apabila kenderaan Perodua Viva yang dinaiki bersama keluarganya bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Murano.

Turut meninggal dunia dalam kemalangan itu ialah pasangan suami isteri iaitu Mohd. Hafiz Johari, 28, dan Siti Hasmah Abdul Khalid, 27,.
 
Jenazah Muhammad Amirul Naim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seriab di sini.

Dalam pada itu, jenazah Mohd. Hafiz dan isterinya, Siti Asmah serta kandungannya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Mak, Padang Besar.

Dalam perkembangan berkaitan bapa Siti Asmah, Abdul Khalid Mustaffa, 48, menerima ketentuan Tuhan kehilangan anaknya iaitu Siti Asmah dan menantunya, Mohd. Hafiz.

“Perkara dah terjadi, kita terima segala ketentuan Tuhan dengan sabar dan tenang.

“Anak mereka iaitu Alya Huwaynaa setakat ini akan saya jaga dengan sebaik mungkin,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini