KUALA LUMPUR – Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini semalam berhubung penularan berita palsu mendakwa penyanyi Saleem Abd. Majeed, 56, meninggal dunia pada pagi kelmarin. Presiden Irama, Ayob Abdul Majid mengesahkan bekas vokalis kumpulan Iklim itu masih dirawat dan dipantau rapi doktor dan jururawat di Hospital Kajang, Selangor. Bagaimanapun, beliau telah dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),…










