Inspektor polis, pasangan suami isteri didakwa terima rasuah - Utusan Malaysia

Inspektor polis, pasangan suami isteri didakwa terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH – Seorang pegawai polis dan sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah RM1,800 daripada seorang pekerja bengkel, dua tahun lalu.

Mengikut  pertuduhan Mohd. Asri Shahadan, 33, yang merupakan seorang Inspektor polis, anggota polis Sarjan Abdul Aziz Mohamad, 39, dan isterinya Umaiyah Saad, 27, didakwa dengan niat bersama secara rasuah telah menerima suapan sebanyak RM1,800 daripada seorang pekerja bengkel Mohamad Azzamudden Khalid melalui Abdul Aziz.

Tindakan itu sebagai dorongan supaya Mohd. Asri melepaskan sebuah motosikal jenama Modenas Dinamik yang berada dalam tahanan Mohd Asri.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Restoran Ali Baba di sini pada jam 12.15 tengah malam, 13 Mei 2016.

Mereka didakwa  mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda dari jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN