JAKARTA 1 Sept. – Indonesia akan membuat bidaan untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2032 selepas berjaya menganjurkan Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang sedang berlangsung sejak dua minggu lalu, kata Presiden Joko Widodo hari ini. Joko atau lebih mesra disapa Jokowi mengumumkan hasrat tersebut setelah mengadakan mesyuarat bersama kedua-dua presiden melibatkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Olimpik Asia (OCA) “Dengan pengalaman kami dalam menganjurkan Sukan Asia ke-18, kami…