KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad mahu persepsi bahawa Dewan BandarayaKuala Lumpur (DBKL) sebagai lubuk rasuah bagi kontraktor dalam mendapatkan projek dihentikan segera. Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana kontraktor yang terlibat dengan gejala itu, termasuk budaya menghulur sogokan, suapan serta komisen dan sebaliknya mahu golongan itu mengutamakan profesionalisme dalam menjalankan setiap tanggungjawab. “Sekiranya ada pegawai DBKLmeminta rasuah daripada kontraktor sila maklumkan, saya ingin buang persepsi orang…










