ANKARA 18 Sept. – Turki akan menghantar lebih banyak tentera ke wilayah Idlib di Syria selepas mencapai perjanjian dengan Rusia, menghindarkan serangan tentera kerajaan Syria sekali gus menggembirakan pemberontak yang mendakwa kawasan itu terlepas daripada penguasaan Presiden Bashar al-Assad. Perjanjian antara Presiden Rusia, Vladimir Putin, sekutu kuat Bashar dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam akan mewujudkan sebuah zon bebas tentera baharu yang menyaksikan pemberontak perlu berundur pada pertengahan bulan…










