Ibrahim menang pilihan raya Maldives - Utusan Malaysia

Ibrahim menang pilihan raya Maldives

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO 24 Sept. – Ketua Pembangkang, Ib­ra­­him Mohamed Solih me­nang mengejut dalam pilihan raya Maldives dengan menewaskan pesaingnya Abdulla Yameen yang sebelum ini menjadi Presiden negara itu.

Keputusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada awal hari ini menunjukkan Ibrahim memperoleh 58.3 peratus undi popular.

Kemenangan Ibrahim dirai di seluruh kepulauan itu dengan penyokong pembangkang membawa bendera Parti Demokratik Maldives (MDP) berwarna kuning dan menari di atas jalan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Abdulla me­ngakui kekalahannya dalam pi­­­lihan raya tersebut dan memak­lumkan akan mengatur peralihan kuasa secara lancar kepada bakal presiden baharu itu.

“Saya menerima keputusan hari ini. Saya menerima kekalahan dan akan melakukan peralihan kuasa secara lancar,” ka­ta­nya dalam ucapan yang di­siarkan negara itu.

Sementara itu, Ibrahim menyeru Abdulla supaya menghormati kehendak rakyat dan peralihan kuasa yang aman dan lancar,” katanya di televisyen.

Beliau juga menggesa bekas presiden itu segera melepaskan banyak tahanan politik.

Sebelum ini, bagi menge­kal­­kan kuasanya, Abdulla memenjarakan atau mengasingkan hampir kesemua pesaingnya.

Sebelum pemilihan dibuat, polis menyerbu ibu pejabat kem­pen pembangkang MDP dan menggeledah bangunan selama beberapa jam dalam usaha untuk menghentikan apa yang me­­reka sebut sebagai ‘aktiviti haram’.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Ketua MDP, Mohamed Na­sheed berkata undi itu akan ‘membawa negara kembali ke laluan demokrasi’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini