KUALA TERENGGANU – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menolak sebarang andaian dan persepsi negatif mengenai hubungannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Anwar berkata beliau tidak mampu menolak semua desas-desus seumpama itu namun berharap kesungguhannya bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam memberi kepercayaan kepada Mahathir terus mendapat sokongan terutama dalam kalangan anggota PKR. “Saya ambil keputusan bersama dengan kepimpinan PKR dan PH, masalah (negara) yang…










