Hari pertama jual RM20 sahaja - Utusan Malaysia

Hari pertama jual RM20 sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Jika dahulu Perhimpunan Agung UMNO menjadi lubuk buat peniaga menjana pendapatan lumayan, namun situasi berbeza dihadapi mereka tahun ini.

Kegusaran pada wajah para peniaga jelas kelihatan apabila sambutan orang ramai yang hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kurang memberangsangkan berbanding tahun-tahun lalu.

Peniaga barangan perhiasan wanita, Nurfatin Mohd. Roslan berkata, dia hanya mampu mencatat jualan sebanyak RM20 pada hari pertama gerainya dibuka di situ.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berbanding tahun lalu, dia berjaya mencatat keuntungan lebih RM5,000 pada hari pertama.

“Saya amat terkejut apabila sambutan pada tahun ini hambar berbanding tahun lalu. Kehadiran orang ramai juga kurang memberangsangkan.

“Jumlah gerai jualan juga semakin berkurangan dan ramai rakan peniaga pada tahun lepas tidak menyertai perhimpunan kali ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di PWTC di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini