Guan Eng: Kritikan Najib berhubung nilai wang ringgit tidak berasas - Utusan Malaysia

Guan Eng: Kritikan Najib berhubung nilai wang ringgit tidak berasas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Sept. – Kritikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kerajaan dengan mengatakan nilai wang ringgit tidak meningkat seiring kenaikan harga minyak mentah dunia adalah tidak berasas sama sekali.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, nilai ringgit tidak hanya ditentukan semata-mata oleh harga minyak dunia tetapi juga dipengaruhi beberapa faktor penting seperti kadar peningkatkan faedah dolar Amerika Syarikat (AS) dan kemelut kewangan negara-negara membangun (emerging markets).

“Selain itu, beliau sengaja gagal mengambil kira faktor ketidaktentuan hala tuju ekonomi dunia akibat ‘perang perdagangan’ antara AS dan China.

“Walau bagaimanapun, beliau telah gagal mengambil kira fakta bahawa mata wang ringgit Malaysia telah menunjukkan prestasi amat baik antara mata wang utama dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN