GUA MUSANG 12 Sept. – Minat mendalam terhadap senjata tradisional sejak di bangku sekolah mendorong seorang bekas kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menceburi bidang pembuatan golok dan sarung berukir. Wan Mohd. Aris Wan Abdullah, 60, melakukan kerja tersebut di bengkelnya yang terletak di rumahnya di Kampung Tanah Putih di sini. Sepanjang hampir 20 tahun pembabitannya dalam bidang menempa dan membuat sarung golok, dia telah menerima tempahan yang tidak putus-putus…










