Geran, peruntukan percuma dikurangkan - Utusan Malaysia

Geran, peruntukan percuma dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Sept. – Kementerian Pembangunan Usahawan bercadang mengurangkan segala bentuk peruntukan mahupun geran percuma yang disalurkan kepada usahawan bumiputera dalam Bajet 2019.

Menterinya, Mohd. Redzuan Md. Yusoff berkata, perkara itu masih lagi dalam peringkat perbincangan dan pihaknya akan mengkaji semula segala bentuk bantuan yang bakal diberikan kelak.

Justeru, beliau juga berharap agar rakyat dapat mengubah pemikiran dan tidak lagi mengharapkan bantuan percuma daripada kerajaan semata-mata.

“Duit (geran) percuma sudah tiada lagi kerana kita hanya akan memberikan bantuan kepada golongan sasar iaitu usahawan berkelayakan sahaja.

“Bantuan juga akan diberikan tanpa mengira warna, fahaman politik mahupun bangsa. Kita juga tidak mahu memberi bantuan yang akhirnya habis begitu sahaja, mesti ada pulangan yang boleh membantu usahawan lain semula,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Bangunan Tambahan Kilang My-Sutera Sdn. Bhd. dan Pelancaran Mega Canggih Shoppe di Pengkalan Chepa, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr. Hatta Ramli dan Pengerusi Kumpulan My-Sutera Sdn. Bhd., Annas Ahmad.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN