Gangguan bekalan elektrik 38 minit di Singapura - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan elektrik 38 minit di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Bekalan elektrik ke beberapa kawasan di Singapura mengalami gangguan awal hari ini yang menjejaskan kira-kira 146,797 pelanggan kediaman dan komersial, menurut SP Power.

Syarikat utiliti tenaga itu berkata bekalan elektrik yang terganggu pada 1.18 pagi itu pulih sepenuhnya dalam tempoh 38 minit.

SP Power berkata kawasan yang terjejas ialah Boon Lay, Choa Chu Kang, Clementi, Jurong, Pandan Loop, Aljunied, Geylang, Tanjong Rhu, Mountbatten, Kembangan, Bedok, East Coast, Ang Mo Kio, Bishan, Thomson, Mandai, Admiralty, Sembawang dan Woodlands.

Sebahagian besar daripada kawasan yang terjejas itu terletak di bahagian utara dan timur bandar raya pulau ini.

“Berdasarkan siasatan awal, gangguan disebabkan kehilangan sebahagian bekalan daripada dua unit penjanaan kuasa. Siasatan kami masih berjalan,” menurut syarikat berkenaan dalam catatan terkini  Facebook pagi ini.

Sementara itu, Energy Market Authority (EMA) berkata punca gangguan bekalan itu sedang disiasat. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN