KUALA LUMPUR 25 Sept. – Bank Simpanan Nasional (BSN) memohon maaf kepada pelanggannya ekoran berlaku sedikit gangguan pada proses pengkreditan gaji. Wakil pihak pengurusan BSN, Jay Khairil Jeremy Abdullah berkata, bagaimanapun perkara itu tidak berlarutan dan pembayaran gaji melalui akaun BSN telah selesai sepenuhnya pada pukul 8.39 pagi tadi. “Keadaan ini berlaku berikutan sedikit cabaran dalam proses pengkreditan kami yang menyebabkan sedikit gangguan terhadap pembayaran gaji kepada para pelanggan kami.…










