PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah berkata, perkahwinan remaja perempuan 15 tahun di Kelantan mendapat persetujuan gadis itu. Katanya, berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), perkahwinan yang melibatkan remaja itu dengan lelaki berumur 44 tahun adalah atas dasar ‘suka sama suka’. “Kami mendapati remaja perempuan itu ialah isteri kepada seorang duda yang sudah bercerai selama empat tahun, remaja itu bukan isteri kedua,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu kepada pemberita selepas…










