JAKARTA 15 Sept. – Pasukan penyelamat menemukan sebanyak 13 mayat dan menyelamatkan 126 orang selepas sebuah feri penumpang terbakar dan karam di perairan wilayah Sulawesi dalam satu kejadian semalam.
Ketika kejadian, feri KM Fungka Permata yang berlepas dari pekan Baubau di Sulawesi Tenggara dalam perjalanan ke pelabuhan Bangai di Sulawesi Tengah sebelum karam di Pulau Sagu, menurut jurucakap Menteri Pengangkutan Indonesia, Bambang Ervan.
“Feri tersebut terbakar dan karam di Pulau Sagu. Kesemua penumpang yang diselamatkan dibawa ke pelabuhan Bangai awal pagi ini,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) lapan mangsa masih diteruskan. – BERNAMA











