Endometriosis dan kanser merupakan antara penyakit yang boleh menjejaskan kehamilan, bukan sahaja pada janin, bahkan kepada ibu itu sendiri. Perunding Kesuburan Metro IVF, Dr. R. Mohan berkata, endometriosis berlaku apabila uterus atau rahim yang dilitupi lapisan tisu dipanggil endometrium, tumbuh di luar rahim, biasanya pada ovari dan tiub fallopian. Dalam kes yang jarang-jarang berlaku, tisu ini juga boleh tumbuh pada usus kecil, dubur atau pundi kencing. “Setiap bulan lapisan uterus…










