MADRID 3 Sept. – Sekurang-kurangnya empat maut dan 20 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di bandar Aviles, utara Sepanyol hari ini. Kemalangan itu berlaku selepas bas milik syarikat Alsa melanggar sebuah jambatan pada pukul 1.40 petang waktu tempatan. Jurucakap Pengawal Awam berakta, bas berkenaan terbabas semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang Asturias dan merempuh sebuah tiang di laluan baharu yang sedang dibina. Punca kemalangan masih belum diketahui namun mangsa cedera telah dibawa ke hospital berhampiran menggunakan helikopter. – BERNAMA
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya