KUALA LUMPUR -Tan Sri Eddy Chen dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang baharu berkuat kuasa pada 1 Oktober depan. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau menggantikan Tan Sri Dr. Alies Anor Abdul yang meletak jawatan pada 1 Jun lepas. Beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan Metro Kajang Berhad dan pernah menjadi Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) bagi tempoh 1998 hingga 2002. “Eddy Chen mempunyai pengalaman luas dalam industri pembangunan…










