Dua tali barut KFR ditembak mati - Utusan Malaysia

Dua tali barut KFR ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUNAK 21 Sept. – Dua tali barut kumpulan culik untuk wang tebusan (KFR) ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di perairan Pulau Bohayan Kunak, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, kedua-dua suspek maut semasa cuba meloloskan diri daripada serbuan yang dijalankan pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di perkampungan

atas air Kunak Tiga dengan menaiki bot dipercayai menuju ke perairan Kunak.


Memuatkan artikel berkaitan…

Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, kedua-dua suspek yang juga warga asing berusia 50-an masih belum dikenalpasti.


“Pihak polis segera mengejar suspek yang cuba melarikan diri menggunakan bot pam dan ketika dihampiri kedua-dua suspek melepaskan tembakan menyebabkan pihak berkuasa membalas sehingga membunuh kedua-duanya.


“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam bot kita menemui dan merampas beberapa pucuk senjata api dan peluru,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini