SHAH ALAM – Dua lagi mangsa maut masing-masing warga Nepal dan Myanmar dipercayai akibat keracunan selepas meminum arak menjadikan jumlah keseluruhan 19 kematian di Selangor sehingga pukul 8 malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, mangsa yang maut membabitkan dua warga tempatan, Myanmar (7), Nepal (7), Bangladesh (2) dan seorang warga India (1).
“Sehingga pukul 8 malam tadi, jumlah terkini mangsa yang terlibat adalah seramai 56 orang.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Daripada jumlah berkenaan, seramai 19 orang meninggal dunia, 17 orang masih dirawat di beberapa hospital di sekitar Selangor manakala 20 individu telah dibenarkan keluar hospital,”katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – K! ONLINE











