PADAWAN – Dua individu ditangkap selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah, Taman Tematu Hill di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Merbin Lisa berkata, kedua-dua suspek ditangkap pada pukul 7.15 malam.
“Hasil pemeriksaan, polis menemui dan merampas 12 peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan-ketulan kristal disyaki syabu dengan berat kasar 296.68 gram.
“Nilai semasa pasaran syabu berkenaan dianggarkan RM45,000,” katanya dalam satu kenyataan tadi.
Menurutnya, polis turut menyita sebuah kereta jenis Proton Wira warna kelabu bernilai RM10,000 dan pelbagai wang tunai berjumlah RM5,294.
“Semua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE










