Donald Trump putus sahabat dengan Jinping - Utusan Malaysia

Donald Trump putus sahabat dengan Jinping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR RAYA NEW YORK – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengakui kelmarin bahawa ikatan persahabatan dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping bakal berakhir­ ketika beliau menuduh Beijing cuba menjejaskan peluangnya dalam pilihan raya akan datang.

Selepas menuduh Beijing menggunakan pelbagai taktik untuk merosak­kan peluangnya dalam pilihan raya pertengahan penggal pada November ini, Trump berkata, hubungan dengan Jinping berubah arah menjadi lebih buruk.

Trump berulang kali menyebut tentang persahabatannya dengan Jinping sejak beliau menduduki White House, malah Presiden AS itu turut memuji pemimpin China tersebut kerana membantu mengenakan tekanan ke atas Korea Utara berhubung program nuklear Pyongyang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, ketika ditanya pada satu sidang akhbar di New York tentang sama ada Jinping akan kekal sebagai sahabatnya di sebalik situasi tegang antara AS dan China, Trump memba­yangkan bahawa beliau memilih untuk dihormati berbanding disukai.

“Beliau mungkin bukan kawan saya lagi tetapi saya fikir beliau mungkin menghormati saya,” kata Trump sambil menambah, ekonomi AS dengan mudah dapat mengesampingkan impak perang perdagangan Washington-Beijing.

Pada minggu ini, Washington menguatkuasakan tarif baharu terhadap import China berjumlah AS$200 bilion­ (RM827 bilion).

Dalam perkembangan sama, Trump melemparkan tuduhan bahawa China cuba campur ta­ngan dalam pilihan raya AS semasa beliau menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan PBB kelmarin.

“Beijing tidak mahu saya atau kami (Parti Republikan) menang ke­rana saya Presiden AS pertama pernah mencabar China dalam isu perdagangan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini