Dipenjara kerana kritik kerajaan di laman sosial - Utusan Malaysia

Dipenjara kerana kritik kerajaan di laman sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI 27 Sept. – Mahkamah telah mengenakan hukuman penjara kepada seorang pengguna Facebook selama dua sehingga dua tahun setengah atas kesalahan memuat naik komen anti kerajaan dalam laman sosialnya.

Vietnam memenjarakan dua rakyatnya atas kesalahan memuatnaik status membenci kerajaan di laman Facebook- AGENSI

Vietnam yang diterajui parti komunis mengenakan kawalan ketat terhadap media dan tidak boleh bertolak ansur dengan kritikan.

Keputusan itu dibuat selepas seorang lagi pengguna Facebook dikenakan hukuman selama dua tahun dan tiga bulan atas kesalahan yang sama.

Bui Manh Dong, 40, disabitkan atas kesalahan ‘menyalahgunakan kebebasan demokratik untuk melanggar kepentingan negara’ dalam satu perbicaraan di wilayah Mekong Delta di Can Tho.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN