NEW YORK 5 Sept.- Juan Martin Del Potro meraih tempat di separuh akhir tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan John Isner dalam pertarungan sengit 6-7(5) 6-3 7-6(4) 6-2, di Stadum Arthur Ashe, awal pagi tadi. Del Potro terpaksa berhempas pulas selama tiga jam, 31 minit pada saingan suku akhir itu yang dianggap cukup mencabar buat pemain apabila terpaksa beraksi dalam keadaan cuaca terlalu panas dan ekstrem. Cuaca yang mencecah…









