Datasonic beri tumpuan R&D - Utusan Malaysia

Datasonic beri tumpuan R&D

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Datasonic Group Berhad berhasrat untuk terus memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang keselamatan siber dalam usaha memastikan negara selamat daripada pelbagai ancaman.

Pengarah Urusan Datasonic, Datuk Hanifah Noordin berkata, keselamatan siber semakin menjadi perkara yang diberi tumpuan memandangkan pelbagai ancaman termasuk kecurian identiti semakin berleluasa.

Katanya, sistem keselamatan canggih yang dibangunkan syarikat itu dapat mengurangkan membanteras kegiatan pencurian identiti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan terus tekankan penyelidikan dan pembangunan apatah lagi Datasonic juga telah membuka sebuah fasiliti baharu di Cyberjaya bagi memaparkan segala produk yang kami ada dalam usaha meningkatkan keselamatan negara.

“Semua produk yang kita ada tidak kira dalam bidang keselamatan awam atau secara maya akan sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan negara kita terus dilindungi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Anugerah Keselamatan Siber Malaysia (MCSA) 2018 sempena majlis Makan Malam Gala Persidangan dan Pameran Anugerah Keselamatan Siber Malaysia (CSM-ACE) 2018.

Datasonic iaitu syarikat teknologi keselamatan biometrik menerusi anak syarikatnya, Datasonic Smart Solutions Sdn. Bhd. berjaya merangkul Anugerah Syarikat Terbaik Tahunan dalam MCSA 2018.

Anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith itu diterima oleh Pengerusi Datasonic, Tan Sri Mohamed Hashim Mohd. Ali.

Yang turut hadir, Pengerusi Cyber Security Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Azumi Mohamed. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini