KUALA LUMPUR 12 Sept. – Seorang penganggur mendakwa dia telah menggunakan sampel urin milik kawannya bagi tujuan ujian saringan kencing ketika ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, November tahun lalu. Mohd. Ismail Shukri, 36, dalam keterangannya sewaktu perbicaraan peringkat bela diri sebelum ini mendakwa ketika ujian itu dilakukan, dia tidak boleh membuang air kecil dan rentetan itu, kawannya mengambil keputusan untuk memberikan separuh urinnya bagi menyelamatkan tertuduh. Bagaimanapun…











