CyberSecurity Malaysia rai jaguh keselamatan siber - Utusan Malaysia

CyberSecurity Malaysia rai jaguh keselamatan siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Cybersecurity Malaysia mengambil langkah proaktif mengiktiraf 17 pemain industri keselamatan siber dalam Anugerah Keselamatan Siber Malaysia (MCSA) 2018 sempena majlis Makan Malam Gala Persidangan dan Pameran Anugerah Keselamatan Siber Malaysia (CSM-ACE) 2018.

Majlis yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini malam ini itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.

Eddin Syazlee ketika menyampaikan ucapan berkata, kejayaan setiap pemenang yang diraikan itu membuktikan kepentingan keselamatan siber di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengiktirafan pada malam ini juga menjadi bukti bahawa kerja keras setiap pemain industri keselamatan siber membuahkan hasil.

“Saya berharap makan malam ini akan memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus memastikan ruang siber seluruh rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang paling selamat dan berdaya tahan,” katanya.

Majlis itu turut menyaksikan syarikat teknologi keselamatan biometrik, Datasonic Group Berhad menerusi anak syarikatnya, Datasonic Smart Solutions Sdn. Bhd. berjaya merangkul Anugerah Syarikat Terbaik Tahunan Cyber Security.

Anugerah tersebut diterima oleh Pengerusi Datasonic, Tan Sri Mohamed Hashim Mohd. Ali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini