CTRM miliki 65% pekerja mahir - Utusan Malaysia

CTRM miliki 65% pekerja mahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA HILIR – Pene­raju teknologi komposit untuk industri aeroangkasa, Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) merancang untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang komposit dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia CTRM, Che Zulhaimee Abdullah berkata, bagi mencapai sasaran tersebut, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia dalam melaksanakan program perantis Skim Latihan Dual Nasional (SLDN).

“Kami memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menceburi kerjaya dalam bidang komposit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, kami turut mengambil para pelajar maahad tahfiz untuk menyertainya yang mana syarat mereka perlu menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzuk al-Quran sebagai ganti syarat kemasukan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

“Program SLDN memberi kelebihan kepada CTRM kerana graduan yang keluar, boleh te­rus bekerja dengan kami kerana mereka sudah diiktiraf memiliki kemahiran diperlukan dalam bidang komposit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kemudahan pengeluaran CTRM di Batu Berendam di sini baru-baru ini

Che Zulhaimee menerangkan, SLDN merupakan sebahagian daripada program Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dikendalikan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

CTRM kini memiliki 2,780 kakitangan dengan 65 peratus atau 1,800 daripadanya diklasifikasikan sebagai pekerja berkemahiran tinggi.

Selain SLDN, CTRM turut melaksanakan program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang membolehkan kakitangan sedia ada memperoleh persijilan sehingga Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tanpa perlu belajar secara formal di dalam kelas atau dewan kuliah.

Tambah beliau, para pelajar menerima elaun daripada JPK dan tidak dikenakan yuran pe­ngajian, sekali gus menjadikan mereka bebas hutang pendidikan sebaik tamat program.

Che Zulhaimee berkata, program PPT telah dimulakan di syarikat itu sejak tahun 2015 dengan kira-kira 300 orang kakitangan telah memohon untuk mengikutinya ketika itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×