Cardi lempar kasut kepada Minaj - Utusan Malaysia

Cardi lempar kasut kepada Minaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini, penyanyi rap Nicki Minaj dan Cardi B menyebabkan Minggu Fesyen New York panas. Ini kerana, Minaj dan Cardi B dikatakan bergaduh di depan khalayak ramai.

Malah, portal hiburan E! News berjaya merakam aksi pergaduhan mereka selepas acara berkenaan selesai.

Cardi B yang menggayakan busana berwarna merah didakwa mendekati Minaj dan kemudiannya melemparkan kasut yang dipakai kepada wanita itu.

Bagaimanapun, pergaduhan tersebut tidak berlangsung lama selepas mereka dileraikan oleh pengawal keselamatan.

Sementara itu, menerusi portal Variety, Cardi dikatakan berang dengan Minaj kerana berasakan wanita itu cuba menghasut pemuzik lain untuk tidak berkolaborasi dengannya. Malah, Cardi juga menganggap single terbaharu Minaj iaitu Queen of Rap adalah sebuah sindiran untuknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×