Lebih seratus hari Malaysia melalui era baharu pemerintahan kerajaan pusat. Dalam tempoh tersebut, ia telah mencetus suatu fenomena yang mencipta kejutan, kegelisahan dan keresahan dalam kalangan parti-parti politik serta rakyat di negara ini yang dahagakan ketelusan pentadbiran dan kemakmuran negara. Bermula daripada pemansuhan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan sehinggalah kepada penangguhan pembayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, ia adalah antara perubahan-perubahan radikal yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk…










