KUALA LUMPUR 24 Sept. – Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calon dan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson bukanlah tindakan kali pertama kerana langkah sama pernah diambil dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 2009. Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat selepas rundingan dan mendapat persetujuan bersama dengan MIC serta MCA. Katanya, BN menganggap kerusi Parlimen berkenaan dikosongkan semata-mata bagi memenuhi…










