TIDAK pernah terlintas di fikiran penyanyi muda ini untuk menyindir sesiapa menerusi single baharunya, Kau Pun Sama. Jauh sekali mahu bercerita soal pengalaman sendiri. Yang terlintas tatkala mencipta melodi dan liriknya adalah kisah-kisah rakan sekeliling yang singgah di dalam benaknya. Bagi Syamel, tidak perlu untuknya mencipta lagu bagi memerli sesiapa. Cuma dia tidak dapat mengawal perasaan segelintir pihak yang mungkin terasa hati dengan lagunya itu. Terkenal dengan seleksi lagu balada…










