Bukan khianati kepercayaan rakyat – Saifuddin - Utusan Malaysia

Bukan khianati kepercayaan rakyat – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Tindakan mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat khususnya pe­ngundi di kawasan tersebut.

SAIFUDDIN NASUTION
SAIFUDDIN NASUTION 

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, langkah itu dilakukan bagi mencapai satu maksud khusus.

Jelas beliau, maksud khusus itu ialah bagi membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan seperti yang telah dipersetujui oleh semua pimpinan parti di dalam Pakatan Harapan (PH).

Tambah beliau, langkah itu merupakan satu niat murni dan proses yang sah bagi memboleh­kan Anwar untuk terus memberi khidmat kepada masyarakat se­perti mana yang telah dilakukan oleh bekas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

“Khianat ialah kalau kita curi wang rakyat, guna jawatan untuk kayakan diri atau guna kuasa tekan rakyat.

“Dalam sebuah sistem de­mo­krasi, jalan untuk mewakili rakyat ialah melalui pilihan raya dan dalam kedudukan ini ia dibuat dengan maksud yang khusus bagi melaksanakan ketetapan konsensus (yang dipersetujui parti-parti di dalam PH),” jelas beliau.

Danyal Balagopal ketika me­ngulas isu sama pula berkata, beliau merasakan gelaran pengkhia­nat agak keras untuk digunakan bagi menggambarkan keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen untuk memberi laluan kepada Anwar.

Jelasnya, keputusan meletakkan jawatan itu merupakan satu bentuk sokongan kepada Anwar.

“Saya tidak meninggalkan pengundi saya dengan peletakan jawatan ini.

“Saya akan terus memberikan khidmat kepada pengundi di Port Dickson sebagai mata dan telinga Anwar di lapangan,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN