BN 'hilang' jika Pas-UMNO bekerjasama - Utusan Malaysia

BN ‘hilang’ jika Pas-UMNO bekerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Sept. – MCA membayangkan Barisan Nasional (BN) akan hancur dan ‘hilang’ sekiranya Pas terus menjalin kerjasama dengan UMNO.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ini kerana BN wujud pada suatu masa dahulu adalah kerana UMNO, MCA dan MIC merupakan pengasas kepada gagasan itu.

Malah, pihaknya tetap memegang prinsip dan berpendirian bahawa MCA tidak akan sehaluan atau bersama-sama dengan Pas.

“Kalau kerjasama ini bercanggah dengan semangat BN, BN tidak akan lagi wujud. Saya sudah umumkan dahulu bahawa MCA tidak akan bekerjasama dengan Pas. Tidak akan ada perikatan dengan sesiapa pun (kecuali BN). Apa yang penting adalah semangat BN.

“Bagi saya, BN adalah satu gagasan yang inklusif dan memastikan kepelbagaian, juga keharmonian dalam negara ini. Kalau mana-mana parti dalam BN bercanggah dengan semangat ini, maka, BN akan hancur. Tidak lagi wujud,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wangsa Maju, di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalannya, Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN