KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 13 Oktober depan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid berkata, keputusan untuk tidak menghantar calon dan terlibat pada PRK tersebut dibuat oleh BN kerana pengosongan kerusi Parlimen itu dibuat hanya untuk memenuhi kehendak politik individu tertentu. “Setelah mengadakan mesyuarat khas dan perbincangan oleh Biro…










