SUASANA ruang legar di tingkat atas gedung buku Kinokuniya yang terletak di pusat beli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat minggu lalu senyap seketika. Biarpun bunyi mesin daftar tunai dan ketikan lampu denyar jurugambar bertugas kedengaran silih berganti, namun, Datin Orked Ahmad yang diminta berucap sempena majlis pelancaran buku tribute kedua untuk kakaknya, Allahyarham Yasmin Ahmad, Yasmin I Lup Chew gagal untuk membutirkan kata-kata. Barangkali, kotak fikiran Orked ligat…










