WASHINGTON – Bilionair Jepun, Yusaku Maezawa (gambar) bakal menjadi orang persendirian pertama yang membayar untuk mengelilingi Bulan dengan menaiki roket SpaceX generasi baharu, lapor agensi berita Xinhua semalam. Firma Amerika Syarikat (AS), SpaceX mengumumkan kelmarin bahawa Maezawa yang merupakan pengasas kedai pakaian online terbesar Jepun, Zozotown, mahu menyertai program itu pada tahun 2023. Beliau juga akan menjemput antara enam hingga lapan artis untuk menaiki roket bersama-samanya. Bilionair itu telah membayar…










