BEIJING – Amerika Syarikat (AS) dan China berbalas menguatkuasakan tarif ke atas barangan satu sama lain semalam ketika tiada petanda dua ekonomi terbesar dunia itu akan berundur daripada perang perdagangan yang dijangka turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi dunia. Sejurus selepas tarif baharu itu berkuat kuasa, China menuduh AS sebagai ‘pembuli perdagangan’ dengan Washington menggunakan tarif untuk mengugut negara lain supaya tunduk kepada kemahuannya, lapor agensi berita Xinhua. Beijing bagaimanapun berkata, ia…









