KUALA LUMPUR 12 Sept. – Tiga orang pekerja kontraktor pembersihan tidak menyangka beg berwarna hitam yang dijumpai di jejantas Jalan Kampung Pandan, di sini mengandungi bayi perempuan yang masih hidup. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, bayi tersebut dijumpai pada Ahad lalu kira-kira pukul 2 petang. “Pemeriksaan terhadap beg itu menemukan seorang bayi yang dibaluti dengan kain batik dan masih bertali pusat. “Pemeriksaan doktor di Hospital…










