IPOH 19 Sept. – Jaguh jalan kaki Kelantan, Nurul Alyahaziqah Kamarazaman bangkit daripada kekecewaan untuk memenangi pingat emas 10,000 meter wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Stadium Perak, hari ini. Isnin lalu, Alyahaziqah menyangka dia telah memenangi pingat emas acara 5,000m setelah menamatkan persaingan di tempat pertama namun dikecewakan dengan keputusan pegawai perlumbaan membatalkan penyertaannya kerana melakukan tiga kesalahan. “Selepas penyertaan saya dibatalkan dalam acara 5,000m saya mahu menarik diri…










