Balu Jamaludin kemuka bantahan - Utusan Malaysia

Balu Jamaludin kemuka bantahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Balu dan empat anak bekas menteri Kabinet, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas akan mengemukakan bantahan terhadap permohonan ibu mertuanya pada 15 Oktober depan.

Peguam Syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, bantahan awal itu akan dikemukakan Puan Sri Dr. Kalsom Ismail, 62, dan empat anak Allahyarham iaitu Ikwan Hafiz, 31, Nur Anis, 33, Nurul Alyaa, 27, dan Noor Adilla, 23, bagi membatalkan permohonan mendapatkan sijil faraid pembahagian harta Allahyarham Jamaludin yang bernilai lebih RM2 bilion yang dibuat ibunya, Aminah Abdullah, 84, pada 2 Mac lalu.

“Balu dan empat anak Allahyarham akan kemuka bantahan awal untuk membatalkan permohonan (mendapatkan sijil faraid) dan pengurusan kes sete­rusnya adalah pada 15 Oktober ini,” katanya selepas prosiding pengurusan kes di dalam kamar Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Siti Zulaiha Mohamad Mansor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN