ALOR SETAR – Walaupun Bajet 2019 disifatkan sebagai belanjawan sukar berikutan bebanan hutang negara, namun kerajaan sama sekali tidak akan berkompromi dalam isu-isu membabitkan kebajikan dan keperluan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah. Menurutnya, kerajaan akan mencuba sedaya upaya untuk menterjemahkan beberapa agenda dalam Bajet 2019, antaranya memastikan rakyat mempunyai kuasa beli yang besar serta harga barangan dapat dikurangkan atau dikekalkan mengikut kesesuaian. “Kita kena ambil langkah penjimatan dan langkah bagi memastikan hutang ini dapat dibayar dengan elok, sebab itu Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) bagi bayangan ini (Bajet 2019) bajet sukar. “Tapi dalam masa sama kita sedar kalau kita tidak galakkan perbelanjaan umum, duit tidak dibelanja dalam ekonomi, ekonomi akan terhenti atau akan kurang dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya